Wednesday, 5 October 2011

Program Kelab Kembara PSIS Sesi Julai 2010

Taman Negara Endau Rompin, Johor



Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.
Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.
Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.
Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.
Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.
Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.
Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.
Cara ke sana
Perjalanan ke Taman Negeri Endau-Rompin bermula dari Kampung Peta, iaitu sebuah perkampungan orang Hulu. Dari Kampung Peta, pelancong boleh menaiki bot kecil selama 40 minit untuk sampai ke kawasan perkhemahan Kuala Jasin. Dari sini, mereka perlu berjalan kaki kira-kira enam jam untuk sampai ke kawasan Air Terjun Buaya Sangkut.
 

 



 



 
 



 Upeh Guling

 Upeh Guling

 menaiki boty




 taklimat


 tasik kolam biru




 



 










 

SENARAI NAMA PELAJAR KELAB KEMBARA SESI JULAI 2010

 
MOHAMMAD TAHEER BIN MOHAMAD SHABIR, NURAMIRA EZALIA BINTI ADSAN, NOOR SUHAILA BINTI AZHAR, MIMI AZIANA BINTI MOHD, NUR HAZIMAH BINTI ANUAR, NURUL HAZIRAH BINTI HISHAM, HAZIQAH BINTI WASILAN, NURUL NATASHA BINTI BORHAN, ASNOR MAISARA BINTI AS’AD, RAJA RABIATUTADAWIAH BINTI RAJA SHU, NURUL SHARFAZRAIDA BINTI IBRAHIM, RAJA AZMEERUL SHAH BIN RAJA BADDRI, SYAZA AYADI BIN ADNAN, NURUL AIN BIN HAKAMAZAMAN, AHMAD AZWAN BIN OTHMAN, MUHAMAD ZAHRUL IDHAM BIN ARSHAD, MOHD SHAKIR SHAHRUNI BIN SHARUL ANUA, MOHD NORSHAZWAN BIN MOHD NOR, NOOR ZHALIKA BINTI BAHARUDIN, SHAREENA BINTI SAHADAN, NURUL AQILAH BINTI AZAMI, SITI HAJAR BINTI SHAZALI, NUR DALILA BINTI MOHD ZAM ZAM, NUR ATIKAH BINTI SAMSURI, ZANARIAH BINTI MOHD TAP, NURUL ATIQAH BINTI SHAMSURI, NUR SYAKIRA BINTI MOHD MUSRIMAN, MOHD AMIRUL IQMAL BIN KAMARULZAMAN, MOHAMAD ASSUAD BIN NORDIN, MUHAMAD IQBAL BIN AMIN, MUHAMMAD HARITH BIN ROSLI, MUHAMMAD SYAZRI BIN MOHD RAIS, AHMAD ADHA BIN NORDIN, ADILAH BINTI AHMAD NASIR, INDAYANI BINTI ZAINAL ABIDIN, NOR FAEZAH BINTI SANI, NURSYUHADA BINTI NORDIN, MUHAMAD SYAZWAN BIN MOKHTAR, NUR QISTINA BINTI KAMAL, TENGKU MOHAMAT AMIRUL AZHAR BIN ENGKU, NURUL AINA HANIS BINTI ABDD AZIZ, HANISAH HAZIMAH BINTI MD YUSOP dan NUR IZZATI BINTI AHMAD GANI.

No comments:

Post a Comment