Pada semester ini, kelab kembara PSIS telah mengadakan aktiviti di Muara Sungai Tisong Sungkai Perak selama 3 hari 2 malam. Program yang dianjurkan melibatkan 2 kelab yang bergabung menjadi satu perkhemahan iaitu kelab kembara dan pengangkap kelana.
- Antara aktiviti yang dijalankan adalah berkhemah di perkampungan orang asli,
- memasak secara alami,
- merentasi sungai,
- abseiling,
- reppelling,
- flying fox,
- merentas hutan dan
- berjalan di dalam hutan pada waktu malam
-
Program yang dijalankan sungguh mencabar kekuatan fizikal dan mental para pelajar. Pengalaman merasai ikhtiar hidup yang mencabar di dalam hutan membangkitkan rasa bersyukur atas nikmat yang diperolehi apabila kembali ke Politeknik dan rumah masing-masing.
Pengalaman manis apabila menikmati keindahan alam di sana. Air sungainya bersih dan sejuk amat sesuai untuk aktiviti berasaskan air seperti mandi manda, merentas sungai dan memancing. Aktiviti yang dianjurkan sangat menarik dan memberi impak positif kepada para pelajar dan pensyarah-pensyarah kursus.
Pengalaman mencabar apabila dikejutkan pada pukul 2 pagi untuk mengemas kawasan khemah dan berjalan malam di sekitar 10 km bagi mengikuti program seterusnya.
Pengalaman manis yang akan diingati selamanya.
Pensyarah : Norfazelah Abu Bakar - Kelab Kembara
Mohd Farid Ishak - Pengangkap Kelana
Good job guys!
ReplyDelete