Kelab kembara telah memilih Hutan Belum yang terletak di utara perak sebagai lokasi perkhemahan untuk semester ini. Hutan Belum merupakan hutan simpan yang meliputi kawasan seluas 290,000 hektar. Keistimewaan Hutan Belum adalah keaslian hutanya yang jarang diterokai disamping pelbagai tarikan lain seperti Tasik Banding, air terjun dan kepelbagaian flora dan fauna.
Program 3 hari 2 malan ini telah disertai oleh 30 orang pelajar dan telah dilaksanakan pada 6 -8 Mei 2011. Program ini juga telah disertai oleh 5 orang pensyarah pengiring.
Bagaimana Ke Sana
Untuk ke Hutan Royal Belum, anda perlu ke Hulu Perak sama
ada melalui jalan raya (bas di Hentian Duta sekiranya daripada Kuala Lumpur dan
teksi), kereta api atau udara. Jika melalui jalan raya, anda perlu menyusur
Lebuhraya Selatan-Utara jika dari Kuala Lumpur dan selatan serta melalui Jalan
Raya Timur-Barat jika dari Kelantan atau pekan Baling, Kedah dan Pengkalan Hulu
jika dari utara. Pengunjung mempunyai pilihan sama ada untuk memilih mendirikan
khemah ketika bermalam di tepi tasik atau menginap di Resort Hutan Diraja Belum
No comments:
Post a Comment