Friday 7 October 2011

Amali Kelab Kembara PSIS Sesi Julai 2011

Pada semester ini, ahli kelab Kembara PSIS telah menjalankan latihan amali memasang khemah, orienteering, memasak dan pertolongan cemas sebagai persediaan untuk program perkhemahan yang akan dijalankan di Taman Negara Endau Rompin, Kuala Rompin, Pahang. Program 3 hari 2 malam ini merupakan hasil usaha ahli kelab yang telah sepakat memilih lokasi, mengenalpasti peralatan dan menyiapkan kertas kerja. Pihak kelab berharap agar mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan PSIS.


No comments:

Post a Comment