Pada semester ini, ahli kelab Kembara PSIS telah menjalankan latihan amali memasang khemah, orienteering, memasak dan pertolongan cemas sebagai persediaan untuk program perkhemahan yang akan dijalankan di Taman Negara Endau Rompin, Kuala Rompin, Pahang. Program 3 hari 2 malam ini merupakan hasil usaha ahli kelab yang telah sepakat memilih lokasi, mengenalpasti peralatan dan menyiapkan kertas kerja. Pihak kelab berharap agar mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan PSIS.
Friday, 7 October 2011
Thursday, 6 October 2011
Program Kelab Kembara PSIS sesi Disember 2010
Hutan Belum, Perak
Kelab kembara telah memilih Hutan Belum yang terletak di utara perak sebagai lokasi perkhemahan untuk semester ini. Hutan Belum merupakan hutan simpan yang meliputi kawasan seluas 290,000 hektar. Keistimewaan Hutan Belum adalah keaslian hutanya yang jarang diterokai disamping pelbagai tarikan lain seperti Tasik Banding, air terjun dan kepelbagaian flora dan fauna.
Program 3 hari 2 malan ini telah disertai oleh 30 orang pelajar dan telah dilaksanakan pada 6 -8 Mei 2011. Program ini juga telah disertai oleh 5 orang pensyarah pengiring.
Kelab kembara telah memilih Hutan Belum yang terletak di utara perak sebagai lokasi perkhemahan untuk semester ini. Hutan Belum merupakan hutan simpan yang meliputi kawasan seluas 290,000 hektar. Keistimewaan Hutan Belum adalah keaslian hutanya yang jarang diterokai disamping pelbagai tarikan lain seperti Tasik Banding, air terjun dan kepelbagaian flora dan fauna.
Program 3 hari 2 malan ini telah disertai oleh 30 orang pelajar dan telah dilaksanakan pada 6 -8 Mei 2011. Program ini juga telah disertai oleh 5 orang pensyarah pengiring.
Bagaimana Ke Sana
Untuk ke Hutan Royal Belum, anda perlu ke Hulu Perak sama
ada melalui jalan raya (bas di Hentian Duta sekiranya daripada Kuala Lumpur dan
teksi), kereta api atau udara. Jika melalui jalan raya, anda perlu menyusur
Lebuhraya Selatan-Utara jika dari Kuala Lumpur dan selatan serta melalui Jalan
Raya Timur-Barat jika dari Kelantan atau pekan Baling, Kedah dan Pengkalan Hulu
jika dari utara. Pengunjung mempunyai pilihan sama ada untuk memilih mendirikan
khemah ketika bermalam di tepi tasik atau menginap di Resort Hutan Diraja Belum
Wednesday, 5 October 2011
Program Kelab Kembara PSIS Sesi Julai 2010
Taman Negara Endau Rompin, Johor
Taman Negeri
Endau-Rompin merupakan
salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai Endau
dan Sungai Rompin
di Johor
bersempadan dengan Pahang,
kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.
Pelbagai jenis
tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera
dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies
tumbuhan
yang baru.
Di Taman Negara
Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau,
gajah
dan babi hutan
serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di
dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung
(bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon)
yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat
pelbagai jenis serangga
dan burung
yang jarang ditemui di tempat lain.
Terdapat juga
banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri
ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan
air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat
perpuluhan lima juta liter
air seminit.
Kawasan ini
juga penuh dengan mitos
dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan
rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia.
Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat
puak Jakun
di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman
ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli
yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan
dan pengesanan haiwan.
Perkhemahan
merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan
yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu
Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah
merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan
matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang
utama.
Taman Negeri
Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing
ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.
Cara ke sana
Perjalanan ke
Taman Negeri Endau-Rompin bermula dari Kampung Peta, iaitu sebuah perkampungan orang Hulu. Dari Kampung Peta, pelancong
boleh menaiki bot
kecil selama 40 minit
untuk sampai ke kawasan perkhemahan Kuala Jasin. Dari sini, mereka perlu
berjalan kaki kira-kira enam jam untuk sampai ke kawasan Air Terjun Buaya
Sangkut.
SENARAI NAMA PELAJAR KELAB KEMBARA SESI JULAI 2010
MOHAMMAD TAHEER BIN MOHAMAD SHABIR, NURAMIRA EZALIA BINTI ADSAN, NOOR SUHAILA BINTI AZHAR, MIMI AZIANA BINTI MOHD, NUR HAZIMAH BINTI ANUAR, NURUL HAZIRAH BINTI HISHAM, HAZIQAH BINTI WASILAN, NURUL NATASHA BINTI BORHAN, ASNOR MAISARA BINTI AS’AD, RAJA RABIATUTADAWIAH BINTI RAJA SHU, NURUL SHARFAZRAIDA BINTI IBRAHIM, RAJA AZMEERUL SHAH BIN RAJA BADDRI, SYAZA AYADI BIN ADNAN, NURUL AIN BIN HAKAMAZAMAN, AHMAD AZWAN BIN OTHMAN, MUHAMAD ZAHRUL IDHAM BIN ARSHAD, MOHD SHAKIR SHAHRUNI BIN SHARUL ANUA, MOHD NORSHAZWAN BIN MOHD NOR, NOOR ZHALIKA BINTI BAHARUDIN, SHAREENA BINTI SAHADAN, NURUL AQILAH BINTI AZAMI, SITI HAJAR BINTI SHAZALI, NUR DALILA BINTI MOHD ZAM ZAM, NUR ATIKAH BINTI SAMSURI, ZANARIAH BINTI MOHD TAP, NURUL ATIQAH BINTI SHAMSURI, NUR SYAKIRA BINTI MOHD MUSRIMAN, MOHD AMIRUL IQMAL BIN KAMARULZAMAN, MOHAMAD ASSUAD BIN NORDIN, MUHAMAD IQBAL BIN AMIN, MUHAMMAD HARITH BIN ROSLI, MUHAMMAD SYAZRI BIN MOHD RAIS, AHMAD ADHA BIN NORDIN, ADILAH BINTI AHMAD NASIR, INDAYANI BINTI ZAINAL ABIDIN, NOR FAEZAH BINTI SANI, NURSYUHADA BINTI NORDIN, MUHAMAD SYAZWAN BIN MOKHTAR, NUR QISTINA BINTI KAMAL, TENGKU MOHAMAT AMIRUL AZHAR BIN ENGKU, NURUL AINA HANIS BINTI ABDD AZIZ, HANISAH HAZIMAH BINTI MD YUSOP dan NUR IZZATI BINTI AHMAD GANI.
Tuesday, 4 October 2011
Program Kelab Kembara Sesi Januari 2010
D’Alam Damai, Chenderiang, Perak
Perkhemahan Kelab Kembara untuk sesi Januari 2010 di jalankan di D’Alam Damai Campsite,Chenderiang, Perak. Program ini telah dilaksanakan pada 26 hingga 28 Mac 2010. Skop latihan yang dilaksanakan meliputi kemahiran mendaki, menguruskan perkhemahan, orientering, pertolongan cemas, mengenal khazanah hutan,flora dan fauna. Aktiviti amali meliputi proses pengurusan sebelum perjalanan dan selepas perjalanan. Bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran,masa tertentu telah diperuntukan pada tarikh yang dicadangkan bagi tujuan melaksanakan program yang telah dirancang dengan lebih berkesan. Latihan amali ini melibatkan 47 pelajar Politeknik Sultan Idris Shah.
Senarai nama peserta
FARHANA BINTI AKASHAH, MOHD IZZUL FILZI BIN HASSAN, NUR DIANA BINTI KAMARUDDIN, NURUL AIN BINTI IDRIS, MUHAMAD HAFIZUDDIN BIN ABDULLAH, WAN AHMAD AZRI BIN WAN AMIR, NOR SYAKIRA BINTI MOHD ABU SUHOR, NURUL ASYIKIN BINTI ISHAK, NUR SYAFIQAH BINTI SIDEK, NUR AMALINA BINTI ZAINE, SITI MARIAM BINTI MAT ZAIN, FAZLIN BINTI MARHABAN@HJ MOHD AMIN, NURUL FARIANA BINTI FIRDAUS, MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABD RAHIM, FARHAH AFIQAH BINTI AMDON, AHMAD ZULFADHLI BIN PAZIMI, MUHAMMAD HAZWAN BIN ROSLAN, MOHD NOR MUHAIMIN BIN IBRAHIM, NUR AAINA FATIN BIN ROSLI, NURUL FARHANA BINTI NAZARUDDIN, MUHAMMAD ZULFADHLI BIN MOHAMAD ZABIR, NUR AIN FARHANA BINTI RAMLI, MURNIZAKIAH BINTI ARIPIN, RAJA AMIR AZRUL SHAH BIN RAJA AZAM SHAH, MOHAMMAD AIMRAN BIN MOHD SAID, SITI NUR’AIN BINTI MOHD FAUZI, NURFATIN SAFURA BINTI JAMALUDDIN, NOR HUSNA BINTI HAYON, AHMAD HUSAIRI BIN AHMAD JAMAL, NUR SYAZMI BIN KENNY YUSOFF, NURUL MASRUHAIDAYU BINTI ABDULLAH, LAILATUL JALILAH BINTI SULAIMAN BUKHARI, NURUL EFA SHAHIRAH BINTI SHARIAT, SHUKRI AZRUL NIZAM BIN AHMAD AZAM, HAZIRAH BINTI NURI HUDA, NOR IZZATUL SYAMIMI BINTI MOHD SARIF, ABDUL AZIZ BIN ZAWAWI, FATIN FARHANA BINTI ROSMIN, INTAN TIARA MUNIRA BINTI MOHAMAD, MUHANIZA BINTI OTHMAN, MOHAMMAD IFAZRIN AKASHAH BIN IDRIS, MOHAMAD AZNIZAM BIN ISHAK, EDDIADHA BIN JOHARI, NUR AMIRAH BINTI MARDZUKI, NUR ADIBAH HAMIZAH BINTI KAMARUDIN, NORHASNIZA BINTI MOHD TARMIZI dan NOR SAHILA BINTI ABD AZIZ.
Subscribe to:
Posts (Atom)